Sunday 13 March 2011

Cik Elly kelaparan di Jumaat yang dingin...

Jumaat aritu Cik Elly teringin sangat la makan Yong Tau Foo kan hawker stalls kat Damansara Uptown. Lunch date cik elly cuti lak aritu. Hmm.. Cik Elly nak pegi dengan sape ye. So, Cik Elly teringat le kat buah hati Cik Elly kat School of Creative Design si cik abang Fuad ni.. Ajak dia temankan, dia kata 'set!' .. tetiba hati ni rasa seronok and teramat la happynya. Dalam kul 11.00 am tengok langit dah gelap. Hujan rintik-rintik dah mula turun, Cik Elly berkata dalam hatai, "There goes my Yong Tau Foo"... sedih sesangat... TETAPI!!!, pabila jam berdetik 11.30am, Cik Elly kata. "I don't care! I've been waiting for a week!.. Hujan pun hujan laaaa!!", terus Cik Elly call Fuad and dia kata "Okay, aku tunggu kau kat bawah".. So, berangkatlah kami ke Uptown dalam hujan lebat tu. Cik Elly park je kat tepi jalan. Risau jugak kalau kena clamp, but hati nie kata "Dalam hujan mane ader officer MPPJ keje".. hehehehe

Jadi, Cik Elly ni dengan baju kurung biru yang tak berkancingnye, dengan selipar lilac asadi, dengan rambut berclip satu je (dah sebijik macam perlarian dah), terus kluar dari kereta dalam hujan2 tu. Harapannya tinggi iaitu ade le uncle tu berniaga, sampai je kat situ, punah!!!.. uncle tu idok bukak kedey lagi... teman awey bebeno.. teman cakap kat Fuad, "Makan nasi ayam je la"... diam seperti biase, "OK"... Kami pun makan le kat stall favourite lagi satu. Cik Elly panggil stall nie Stall Ganja sebab semua benda yang diorang jual, memang sedap... Nasi Ayam, laksa, Meehoon Sup, Cucur Udang, Goreng Pisang and macam2 lagi la.. semua sedap.. jemput le ke stall tu.. So, Cik Elly makan Meehoon Sup and Fuad makan nasi ayam.. Dalam tengah makan tu, hujan turun dengan lebatnye. Cik Elly cuba nak kecikkan badan sebab suku dari badan dah basah dah nie. Tapi apakan daya, usaha untuk kecikkan badan tidak berjaya. Lantak la Cik Elly kata, janji Cik Elly puas hati.. kain dah sendeng sampai ke lutut nie.. memamg sah boleh diperah dah... hahahaha


Dalam syok-syok makan, terlupe nak ambik gambo meehoon sup yang sedap tu. Tapi apakan daya, takdan.. dah habis dah. yang sempat ambik ni gambo goreng pisang and cucur udang... rasa dua2 nie peerrrgghh!!!!!.... menusuk kalbu.. yang si Fuad tu dok siap nak merokok lagi.. Cik Elly siap suruh makan cepat sebab nanti takut habis.. Cik Elly nie tak pandai bab2 simpan2 nie... hehehehe

Lepas abis session kat Uptown nie, si Fuad nak ajak pegi mamak pulak. So, berangkat la kami ke Restoran Padang Kota yang kat depan office tu. Melepak la pulakkat situ dalam sejam. Si Fuad pulak ada la berjaya habiskan 3-4 batang rokok.. ish ish...

Kesimpulannya, hari Jumaat aritu, Cik Elly balik ke office dengan keadaan tersenyum sebab berjaya menikmati makanan yang sedap walaupun makanan utamanya tidak dapat dinikmati pada hari itu.. Walaupun temujanji untuk ke gym telah tercancel, Cik Elly tetap senyum sebab dapat makan best hari tu... yay!!!!!.... That's all for today, nanti Cik Elly citer benda lain pulak... Good day from Elly's Little Cottage.

2 comments:

  1. hahahha.. apa jadi da pada gym tu cik elly ...hehhe

    ReplyDelete
  2. itu le.... gym session dah lama letak belakang pintu. hahahaha

    ReplyDelete